Jumaat, 4 September 2009

Suspek cuba samun mati ditembak

KUALA SELANGOR 4 Sept. - Tindakan dua lelaki yang cuba menyamun seorang pengawal keselamatan gagal apabila salah seorang daripada mereka maut ditembak pengawal terbabit di sebuah kilang di Puncak Alam dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu, mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian sebelum dua suspek yang datang dari arah bertentangan menyuruhnya berhenti.
Mangsa bagaimanapun hanya memperlahankan motosikal sebelum dua suspek yang menaiki kereta jenis Toyota Vios itu berpatah balik dan melanggarnya dari arah belakang.

Berikutan kejadian itu, pengawal keselamatan berusia 51 tahun itu terjatuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, mangsa kemudian melepaskan satu das tembakan menggunakan senjata jenis 'Remington 870 Magnum' yang dibawanya dipercayai untuk mempertahankan diri.

"Tembakan menggunakan peluru bebola besi itu mengenai pemandu kenderaan terbabit yang ketika itu mahu melarikan diri sebelum rebah dan meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. "Rakannya berusia 20-an pula melarikan diri dan gerakan memburunya kini giat dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, suspek yang mati dikenali sebagai K. Ragunathan, 29, berasal dari Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Hasnan memberitahu, suspek yang meninggal dunia mempunyai 20 rekod jenayah lampau termasuk 13 dikehendaki polis dan satu membabitkan kes bunuh.

Utusan Malaysia

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

IBU TUTI TKI SINGAPUR berkata...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259