Rabu, 22 Disember 2010

Projek 'Super Hospital' UiTM Puncak Alam!

MONTREAL (KANADA) 21 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal maju setapak lagi melalui usaha penubuhan "Super Hospital" yang dilihat mampu melonjakkan nama dan kredibiliti institusi pengajian tinggi itu ke persada dunia.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, UiTM sudah bersedia untuk menjadi perintis kepada projek hospital yang dianggar menelan belanja RM22 bilion itu.

"Projek ini diramalkan meletak UiTM di peta dunia," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara UiTM dan Pusat Kesihatan Universiti McGill (MUHC) di sini, semalam.

Perjanjian persefahaman itu bakal menyaksikan kedua-dua institusi berkenaan berkongsi pengetahuan dan kepakaran untuk membangunkan sebuah hospital pengajar yang menyediakan kemudahan perubatan bertaraf dunia yang terkini dan terbaik.

Perjanjian kerjasama seumpamanya akan turut ditandatangani oleh UiTM dengan dua lagi institusi pengajian tinggi antarabangsa iaitu Universiti Harvard dan Hospital John Hopkins dalam masa terdekat.

Pada majlis sama, UiTM turut menandatangani perjanjian dengan Institusi Penyelidikan Pusat Kesihatan Universiti McGill (RI MUHC) bagi mendapatkan kerjasama dalam bidang kardiologi, kanser dan penjagaan kesihatan warga tua selain perjanjian persefahaman untuk pertukaran tenaga teknikal, penyelidik dan pelajar di antara kedua-dua institusi berkenaan.

"Tujuan kita untuk bina hospital ini juga berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan (Zainal Abidin) ketika majlis konvokesyen yang lepas di mana baginda bertitah supaya UiTM mengadakan hospital di mana kita bukan sahaja boleh mempromosikan pelancongan perubatan tetapi juga memberi peluang luas kepada pelajar kita untuk mendapatkan latihan dan pengalaman," katanya.

Dr. Sahol Hamid berkata, projek itu dijangka memberi impak besar kepada negara dari segi penyediaan tempat penyelidikan perubatan yang canggih, pendedahan kepada pelajar dan tenaga pengajar selain sejajar dengan sasaran Malaysia untuk mempromosikan pelancongan kesihatan.

Beliau berkata, sekiranya projek itu diluluskan, "Super Hospital" UiTM yang merupakan projek Fakulti Perubatan dan akan dibina di kampus UiTM di Puncak Alam, Shah Alam dan bakal menjadi hospital pertama di negara ini yang mencapai status "Hospital Super".

Bagaimanapun, katanya, projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan kemampuan kewangan UiTM dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk lengkap sepenuhnya. Hospital itu dijangka dapat beroperasi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Walaupun faktor kewangan mungkin menjadi halangan pertama kita, tetapi kita akan berusaha untuk mencari kaedah kewangan termasuk kemungkinan mendapatkan pembiayaan swasta untuk bekerjasama dalam projek ini," katanya. - BERNAMA

Putrasan...

Khamis, 8 April 2010

Farid Ravi hargai jasa LZS.

MOHD. Farid ravi abdullah (empat dari kanan) bersama rakan-rakan seperjuangan semasa menuntut di Jordan.

TIADA siapa menduga, anak kecil yang sering mengunjungi gereja 20 tahun lalu akan menjadi seorang pendakwah Islam yang terkenal hari ini. Dibesarkan dalam lingkungan keluarga beragama Kristian, namun hidayah Allah tiada siapa mampu menghalang.

Itulah anugerah termahal daripada Allah SWT kepada kita semua, sehingga memungkinkan kita untuk dapat memesrai sosok lelaki yang ramah bernama Mohd. Farid Ravi Abdullah, 39, yang lebih popular dengan nama Ustaz Farid Ravi.

"Dahulu, saya dikenali sebagai Jasiah a/l Ravi. Saya dan keluarga adalah penganut Kristian. Saban minggu kami akan mengunjungi gereja. Namun, hakikatnya hati saya sedari awal sudah terpikat kepada Islam.

"Bahkan sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, saya telah betah mengikuti kelas Pendidikan Islam bersama kawan-kawan yang beragama Islam. "Antara punca saya minat kepada kelas Agama Islam ialah kerana ustazah yang mengajarnya bijak menyampaikan.

"Selain itu, sejak kecil saya begitu minat mendengar bacaan al-Quran, khususnya apabila adanya Majlis Tilawah al-Quran yang diadakan di negara kita saban tahun. "Ibu memarahi saya kerana saya minat mendengar bacaan al-Quran," jelas beliau. Namun alhamdulillah, ibunya juga sudah memeluk Islam sebelum dipanggil mengadap ilahi.

Sejauh manakah zakat berperanan membantu seorang saudara Muslim (mualaf) seperti Farid Ravi meneruskan tatih kehidupannya? "Lembaga Zakat Selangor (LZS) bukanlah asing kepada saya. Sebenarnya secara peribadi, saya amat terhutang budi kepada LZS kerana banyak membantu.

"Khususnya sewaktu menamatkan pengajian di Jordan dalam bidang Usuluddin dahulu. LZS telah menyumbangkan dermasiswa penuh termasuk tambang tiket perjalanan dari mula sehingga tamat belajar," kata beliau.

Menurut Farid Ravi, masih segar dalam memorinya, ketika membawa surat tawaran ke ibu pejabat JAIS untuk meminta bantuan kewangan bagi menyambung pelajaran, pegawai yang bertugas menjaga bahagian saudara baru ketika itu, Ustaz Yusof Ong segera menguruskan bantuan pelajaran.

Syukur alhamdulillah, katanya, apabila diberitahu akan menerima bantuan zakat RM5,000 selama dua tahun dan pada tiga tahun berikutnya pula, menerima RM8,000 setahun.
"Alhamdulillah, dengan wang zakat itulah, biar pun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diperoleh oleh pelajar tajaan pembiaya lain tetapi cukup untuk keperluan yang ada. Itulah berkat namanya," katanya sambil tersenyum.

Prinsip Farid Ravi, biar sedikit tapi cukup daripada banyak tetapi habis. Wang zakat ini adalah titik peluh orang Islam. Ia dibayar dengan penuh kesedaran atas kewajipan perintah Allah SWT. Zakat ditunaikan untuk menyucikan harta. Maka, janganlah wang zakat yang bersih itu disalahgunakan. Bertanggungjawablah atas amanah ini.

Pasanglah niat bahawa setelah selesai belajar, apabila berkerja kelak, kita juga akan melaksanakan kewajipan zakat," tegas beliau penuh kesedaran. Di samping itu, beliau turut berpesan agar para pelajar yang mendapat bantuan zakat, jangan mudah terleka dan belajarlah dengan penuh iltizam.

Bantuan zakat yang diterima itu sewajarnya perlu dibalas dengan menjadi insan yang berjaya lagi bertanggungjawab. Atas dasar itu, maka tidak hairanlah beliau juga mudah memberi kerjasama dengan LZS khususnya memenuhi undangan menyampaikan ceramah dan memberi penerangan zakat.

"Bagi saya, sudah terbukti penglibatan LZS dalam membantu golongan asnaf terutama mualaf memang tidak boleh disangkal. Ramai saudara baru yang telah dibantu bukan sahaja daripada aspek kewangan, bahkan kerohanian.

"Oleh itu saya menyeru kepada mana-mana orang Islam yang masih belum berzakat, agar segera mendapatkan maklumat dan tunaikanlah zakat, khususnya di Selangor," katanya. Menurut Farid Ravi, seruan itu dibuat kerana masih ramai umat Islam yang belum memenuhi kewajipan ini.

"Ingat dan yakinlah, jika ia dilunasi, maka hati kita menjadi tenang malah harta-harta kita pun dapat dibersihkan. "Keberkatan juga pasti akan lahir apabila asnaf-asnaf yang dibantu dengan wang zakat itu, kemudiannya mendoakan kesejahteraan kepada pembayar zakat, termasuklah kita," ulas bapa kepada lima cahaya mata ini.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berteduh. Bagi Farid Ravi, beliau amat terhutang budi dengan keluarga angkatnya iaitu keluarga Hashim Talib (ketika itu seorang anggota polis yang berpangkat sarjan) dan Saunah Arifin dari Kg. Tanjung Sg. Choh, Selangor.

"Mereka telah mendorong saya untuk menuju ke arah yang benar. Dorongan dan motivasi yang diberikan oleh keluarga angkat saya ini tidak akan dapat saya lupakan sehingga ke akhir hayat. "Mereka juga telah memberikan layanan yang terbaik kepada saya. Saya dianggap seolah-olah anak mereka sendiri," ceritanya menghimbau kembali detik-detik awal saat mula mengenali Islam.

Faktor kawan juga banyak membantu. Bahkan Farid Ravi mengakui, berkat bimbingan rakan, pada usia 11 tahun beliau sudah mampu membaca surah al-Fatihah dan menjawab azan. Sehinggalah ketika usianya 18 tahun, hatinya sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi dan akhirnya di hadapan ustaz Kadir Chong beliau melafazkan dua kalimah syahadah di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, inilah antara bukti betapa berkesannya wang zakat itu kepada pembangunan sesuatu asnaf penerima zakat. Berkatlah kehidupan mereka yang membayar zakat, kerana dengan setiap sen wang itulah yang digunakan untuk membantu insan seperti Farid Ravi ini.

Inilah suatu sorotan kisah seorang Mualaf muda dalam mencapai cita-cita di samping suntikan bantuan wang zakat. Moga-moga, keberkatan wang zakat akan terus menyuburi beliau dan semua pembayar zakat, di dunia dan akhirat. Amin ya Rabb!

Putra-san

Selasa, 2 Mac 2010

UiTM bina enam kampus baru!

Kampus UiTM Bandar Puncak Alam

Pembinaan enam buah kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di enam lokasi akan dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta bagi memenuhi sasaran penempatan 200,000 pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, enam lokasi itu ialah di Pasir Gudang, Johor, Jasin (Melaka), Seremban 3 (Negeri Sembilan) Samarahan (Sarawak), Puncak Alam (Selangor) dan Tapah (Perak).

"Setiap satu kampus itu membabitkan kos sebanyak RM300 juta dan mampu menempatkan 5,000 pelajar. Kesemua projek itu dijangka dapat beroperasi dalam tempoh setahun setengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Konsesi Asrama Secara Penswastaan antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan Pengurusan Konsesi Asrama Sdn Bhd (Peka).

Jumaat, 12 Februari 2010

5,000 pelajar miskin, anak yatim ke UiTM!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh para pelajar dan warga uitm pada majlis perasmian Kampus UiTM Puncak Alam Fasa 1, Shah Alam, semalam. Turut mengiringi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyediakan 5,000 tempat untuk pelajar miskin dan anak yatim melanjutkan pengajian di universiti itu setiap tahun. Beliau berkata, ia bagi memberi peluang kepada golongan itu mendapat pendidikan di peringkat tertinggi di negara ini.

‘‘Jika ini dapat dilakukan, 20,000 pelajar miskin terdiri daripada anak pekebun, anak yatim, nelayan dan anak kakitangan pembantu am rendah akan berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kampus UiTM Puncak Alam Fasa Satu di sini yang dihadiri lebih 1,000 penuntut UiTM dari beberapa kampus cawangannya petang ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.Kampus UiTM Puncak Alam merupakan kampus tambahan untuk menampung lebih 20,000 pelajar dari kampus induk Shah Alam.

Fasa satu UiTM Kampus Puncak Alam menempatkan Fakulti Farmasi, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat serta Fakulti Sains Kesihatan di atas tapak seluas 138.3 hektar daripada tapak keseluruhannya seluas 434.3 hektar.Kini kampus Puncak Alam telah diisi seramai 4,200 pelajar dan 520 kakitangan akademik dan pentadbiran.

Pihak UiTM memohon agar kerajaan memberi peruntukan untuk membina sebuah hospital di atas tanah kosong seluas 40 hektar di kampus itu bagi membolehkan 2,000 doktor Melayu dilahirkan dalam tempoh lima tahun.

Perdana Menteri ketika mengulas permohonan itu menyatakan kesediaan menimbang dan menyemak permintaan itu dengan Kementerian Kewangan. ‘‘Saya kena semak ada duit atau tidak sebab perbelanjaan membina hospital ini memang besar. ‘‘Saya akan semak dan pertimbangkan sebaik-baiknya perkara ini,” kata beliau. - UM

Putrasan

Jumaat, 4 September 2009

Suspek cuba samun mati ditembak

KUALA SELANGOR 4 Sept. - Tindakan dua lelaki yang cuba menyamun seorang pengawal keselamatan gagal apabila salah seorang daripada mereka maut ditembak pengawal terbabit di sebuah kilang di Puncak Alam dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu, mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian sebelum dua suspek yang datang dari arah bertentangan menyuruhnya berhenti.
Mangsa bagaimanapun hanya memperlahankan motosikal sebelum dua suspek yang menaiki kereta jenis Toyota Vios itu berpatah balik dan melanggarnya dari arah belakang.

Berikutan kejadian itu, pengawal keselamatan berusia 51 tahun itu terjatuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, mangsa kemudian melepaskan satu das tembakan menggunakan senjata jenis 'Remington 870 Magnum' yang dibawanya dipercayai untuk mempertahankan diri.

"Tembakan menggunakan peluru bebola besi itu mengenai pemandu kenderaan terbabit yang ketika itu mahu melarikan diri sebelum rebah dan meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. "Rakannya berusia 20-an pula melarikan diri dan gerakan memburunya kini giat dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, suspek yang mati dikenali sebagai K. Ragunathan, 29, berasal dari Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Hasnan memberitahu, suspek yang meninggal dunia mempunyai 20 rekod jenayah lampau termasuk 13 dikehendaki polis dan satu membabitkan kes bunuh.

Utusan Malaysia

Rabu, 22 Julai 2009

Massive quake moves NZealand closer to Australia

The Great Barrier Reef off Australia's eastern coast. A massive 7.8 magnitude earthquake last week has moved the south of New Zealand closer to Australia, scientists said(AFP//File/Ho)

WELLINGTON (AFP) – A massive 7.8 magnitude earthquake last week has moved the south of New Zealand closer to Australia, scientists said Wednesday.

With the countries separated by the 2,250-kilometre-wide (1,400-mile-wide) Tasman Sea, the 30 centimetre (12 inch) closing of the gap in New Zealand's southwest won't make much difference.

But earthquake scientist Ken Gledhill of GNS Science said the shift illustrated the huge force of the tremor, the biggest in the world so far this year. "Basically, New Zealand just got a little bit bigger is another way to think about it," he told AFP.

While the southwest of the South Island moved about 30 centimetres closer to Australia, the east coast of the island moved only one centimetre westwards, he said. The biggest quake in New Zealand in 78 years caused only slight damage to buildings and property when it struck the remote southwest Fiordland region of the South Island last Thursday.

A small tsunami was generated by the earthquake, with a tide gauge on the West Coast of New Zealand recording a wave of one metre. "For a very large earthquake, although it was very widely felt, there were very few areas that were severely shaken," Gledhill said.
Aerial inspection of the forested fiords near the quake's epicentre showed few land slips or other signs of damage.

This was partly because the type of rupture at the boundaries of the Australian and Pacific plates meant the energy from the quake was largely directed westwards towards the sea rather than inland towards the nearest towns. The type of quake, known as a subduction thrust rupture, also meant the quake produced lower frequency shaking, felt as a rolling motion, rather than sharp jolts which would have caused more damage.

New Zealand frequently suffers earthquakes because it marks the meeting point of the Australian and Pacific continental plates. Gledhill said the latest quake may have brought forward a major quake on the offshore section of the Alpine fault, off the coast of Fiordland in the Tasman Sea.

"There could easily be another large earthquake in another part of that region. We can't predict that obviously." The latest quake was the biggest since February 2, 1931 when a 7.8 quake killed at least 256 people in the North Island city of Napier.

The biggest quake recorded here measured 8.2 and caused major damage in 1855 in the fledgling European settlement that later became the capital Wellington.
The latest quake was unusual in striking right on the boundary of the Australian and Pacific plates and will be important in researching earthquake hazards, Gledhill said.
Putrasan

Selasa, 19 Mei 2009

2 penjenayah ditembak mati!

PETALING JAYA 19 Mei - Lagi kejayaan polis. Dua penjenayah mati ditembak dalam cubaan menculik seorang lelaki warga Myanmar di SS20/10, Damansara di sini, malam ini.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, kedua-dua suspek, Sharil Samsudin, 27, dan S. Sivanesan, 30, dari Shah Alam, mati di tempat kejadian.
Sebelum itu, suspek yang menaiki sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipercayai baru menculik seorang lelaki warga Myanmar kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Bertindak atas maklumat orang ramai, kereta peronda polis berjaya mengesan kereta suspek.
Ketika dikejar, kereta yang dinaiki suspek hilang kawalan lalu melanggar kereta peronda polis itu.

Salah seorang daripada penjenayah itu hanya sempat melarikan diri sejauh 50 meter sebelum dipintas oleh sebuah lagi kereta peronda polis yang datang dari laluan bertentangan.
Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, penjenayah berkenaan bertindak agresif dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis yang terpaksa membalas tembakan.

"Seorang lagi penjenayah, Sivanesan pula keluar dari kereta dan cuba menyerang anggota polis dengan parang menyebabkan dia turut ditembak mati," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yakin lelaki Myanmar itu diculik bagi mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM). Hasnan berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk rogol, samun dan dadah.

Jelasnya, mereka yang ditahan mengikut Ordinan Darurat baru dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Johor, beberapa bulan lalu. Salah seorang penjenayah juga dikaitkan dengan kejadian samun di Puncak Alam, Shah Alam.

"Kita mendapati imej salah seorang daripada penjenayah itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika mengeluarkan wang suspek di sebuah bank selepas kejadian itu,'' katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan masih terdapat saki-baki kumpulan itu yang masih bebas. - UM

Polis merampas sepucuk pistol dan parang daripada penjenayah terbabit. Hasil semakan mendapati kereta yang dipandu suspek juga kereta curi dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 6 Mei lalu di Subang Jaya.