Jumaat, 4 September 2009

Suspek cuba samun mati ditembak

KUALA SELANGOR 4 Sept. - Tindakan dua lelaki yang cuba menyamun seorang pengawal keselamatan gagal apabila salah seorang daripada mereka maut ditembak pengawal terbabit di sebuah kilang di Puncak Alam dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu, mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian sebelum dua suspek yang datang dari arah bertentangan menyuruhnya berhenti.
Mangsa bagaimanapun hanya memperlahankan motosikal sebelum dua suspek yang menaiki kereta jenis Toyota Vios itu berpatah balik dan melanggarnya dari arah belakang.

Berikutan kejadian itu, pengawal keselamatan berusia 51 tahun itu terjatuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, mangsa kemudian melepaskan satu das tembakan menggunakan senjata jenis 'Remington 870 Magnum' yang dibawanya dipercayai untuk mempertahankan diri.

"Tembakan menggunakan peluru bebola besi itu mengenai pemandu kenderaan terbabit yang ketika itu mahu melarikan diri sebelum rebah dan meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. "Rakannya berusia 20-an pula melarikan diri dan gerakan memburunya kini giat dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, suspek yang mati dikenali sebagai K. Ragunathan, 29, berasal dari Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Hasnan memberitahu, suspek yang meninggal dunia mempunyai 20 rekod jenayah lampau termasuk 13 dikehendaki polis dan satu membabitkan kes bunuh.

Utusan Malaysia

Rabu, 22 Julai 2009

Massive quake moves NZealand closer to Australia

The Great Barrier Reef off Australia's eastern coast. A massive 7.8 magnitude earthquake last week has moved the south of New Zealand closer to Australia, scientists said(AFP//File/Ho)

WELLINGTON (AFP) – A massive 7.8 magnitude earthquake last week has moved the south of New Zealand closer to Australia, scientists said Wednesday.

With the countries separated by the 2,250-kilometre-wide (1,400-mile-wide) Tasman Sea, the 30 centimetre (12 inch) closing of the gap in New Zealand's southwest won't make much difference.

But earthquake scientist Ken Gledhill of GNS Science said the shift illustrated the huge force of the tremor, the biggest in the world so far this year. "Basically, New Zealand just got a little bit bigger is another way to think about it," he told AFP.

While the southwest of the South Island moved about 30 centimetres closer to Australia, the east coast of the island moved only one centimetre westwards, he said. The biggest quake in New Zealand in 78 years caused only slight damage to buildings and property when it struck the remote southwest Fiordland region of the South Island last Thursday.

A small tsunami was generated by the earthquake, with a tide gauge on the West Coast of New Zealand recording a wave of one metre. "For a very large earthquake, although it was very widely felt, there were very few areas that were severely shaken," Gledhill said.
Aerial inspection of the forested fiords near the quake's epicentre showed few land slips or other signs of damage.

This was partly because the type of rupture at the boundaries of the Australian and Pacific plates meant the energy from the quake was largely directed westwards towards the sea rather than inland towards the nearest towns. The type of quake, known as a subduction thrust rupture, also meant the quake produced lower frequency shaking, felt as a rolling motion, rather than sharp jolts which would have caused more damage.

New Zealand frequently suffers earthquakes because it marks the meeting point of the Australian and Pacific continental plates. Gledhill said the latest quake may have brought forward a major quake on the offshore section of the Alpine fault, off the coast of Fiordland in the Tasman Sea.

"There could easily be another large earthquake in another part of that region. We can't predict that obviously." The latest quake was the biggest since February 2, 1931 when a 7.8 quake killed at least 256 people in the North Island city of Napier.

The biggest quake recorded here measured 8.2 and caused major damage in 1855 in the fledgling European settlement that later became the capital Wellington.
The latest quake was unusual in striking right on the boundary of the Australian and Pacific plates and will be important in researching earthquake hazards, Gledhill said.
Putrasan

Selasa, 19 Mei 2009

2 penjenayah ditembak mati!

PETALING JAYA 19 Mei - Lagi kejayaan polis. Dua penjenayah mati ditembak dalam cubaan menculik seorang lelaki warga Myanmar di SS20/10, Damansara di sini, malam ini.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, kedua-dua suspek, Sharil Samsudin, 27, dan S. Sivanesan, 30, dari Shah Alam, mati di tempat kejadian.
Sebelum itu, suspek yang menaiki sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipercayai baru menculik seorang lelaki warga Myanmar kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Bertindak atas maklumat orang ramai, kereta peronda polis berjaya mengesan kereta suspek.
Ketika dikejar, kereta yang dinaiki suspek hilang kawalan lalu melanggar kereta peronda polis itu.

Salah seorang daripada penjenayah itu hanya sempat melarikan diri sejauh 50 meter sebelum dipintas oleh sebuah lagi kereta peronda polis yang datang dari laluan bertentangan.
Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, penjenayah berkenaan bertindak agresif dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis yang terpaksa membalas tembakan.

"Seorang lagi penjenayah, Sivanesan pula keluar dari kereta dan cuba menyerang anggota polis dengan parang menyebabkan dia turut ditembak mati," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yakin lelaki Myanmar itu diculik bagi mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM). Hasnan berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk rogol, samun dan dadah.

Jelasnya, mereka yang ditahan mengikut Ordinan Darurat baru dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Johor, beberapa bulan lalu. Salah seorang penjenayah juga dikaitkan dengan kejadian samun di Puncak Alam, Shah Alam.

"Kita mendapati imej salah seorang daripada penjenayah itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika mengeluarkan wang suspek di sebuah bank selepas kejadian itu,'' katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan masih terdapat saki-baki kumpulan itu yang masih bebas. - UM

Polis merampas sepucuk pistol dan parang daripada penjenayah terbabit. Hasil semakan mendapati kereta yang dipandu suspek juga kereta curi dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 6 Mei lalu di Subang Jaya.

Selasa, 14 April 2009

Jalan Puncak Alam-Shah Alam perlu perhatian

KAMI adalah antara ribuan pengguna kenderaan yang menggunakan jalan (dua hala) Puncak Alam-Shah Alam setiap hari.

Begitu banyak taman perumahan yang baru dibuka di sepanjang jalan itu dan saya menjangka jalan itu tidak lagi dapat menampung jumlah kenderaan (terutamanya pada waktu puncak) dalam beberapa tahun akan datang.

Untuk pengetahuan, jalan itu juga akan menjadi salah satu laluan utama untuk ke kampus mega baru UiTM di Shah Alam 2, di Puncak Alam.

Sudah sampai masanya jalan itu dinaik taraf kepada empat lorong secepat mungkin. Pada masa ini pun, trafik pada waktu puncak terlalu berat dan kesesakannya menjalar sehingga ke laluan Guthrie di kawasan Bukit Jelutong-Batu 3, Shah Alam.

Mohon penjelasan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai rancangan yang mungkin ada untuk laluan berkenaan.

ZULKIFLI ABDUL RHANI
Puncak Alam

Khamis, 26 Mac 2009

Mahu menghadap Tuhan begini - Sidek

KETULAN daging seberat satu kilogram yang di pipi kanan menjadi pengenalan diri buat aktor Sidek Husin. Bermula dengan saiz sebesar bola golf, semakin hari, ketulan daging itu makin membesar.
Pada sebilangan besar daripada kita, kewujudan ketulan daging itu sudah tentu merimaskan.

Sebolehnya, ada yang akan berikhtiar dan berusaha untuk membuangnya. Namun pada tuan punya diri, apa perlu dia 'mengkhianati' kurniaan llahi.
Reda dengan ketentuan itu, Sidek semakin menyedari hikmah yang ada di sebalik apa yang Allah berikan kepadanya.

Lalu, dengan penuh rasa yakin seniman berkulit sawo matang mahu mengekalkan 'kelebihan' yang ada pada wajahnya. Paling utama juga, aktor tersohor itu mahu menghadap Yang Maha Esa seadanya tanpa perlu melakukan transformasi. "Biarlah saya mengadap Tuhan dengan muka begini. Ini pemberian Tuhan dan saya tidak akan mengubahnya," itu ikrar Sidek dalam satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Pertemuan itu diatur membolehkan kami mendasari suara hatinya. Sebetulnya, sudah lama hajat kami ingin berkongsi perasaannya mengenai kehidupan yang dilalui sebagai satu-satunya seniman tanah air yang memiliki 'kelebihan' tersendiri. Kata Sidek, dia tidak ada rasional yang kukuh untuk melakukan pembedahan membuang ketulan daging yang tumbuh pada wajahnya memandangkan, ketumbuhan itu langsung tidak menjejaskan kehidupan sehariannya.

"Kalau benda (ketulan) ini menyakitkan atau menyebabkan migrain, mungkin saya jalani pembedahan, tetapi ia langsung tidak menjejaskan kehidupan seharian saya. "Melainkan kalau ia tumbuh di kaki dan menyekat pergerakan mungkin saya akan buang . Saya lebih suka membiarkannya. "Lagipun senang bila saya mati nanti sudah ada bantal, jadi tak payahlah letak tanah nanti," sempat lagi seniman itu berseloroh pada pertemuan yang berlangsung di kediamannya di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sebetulnya, Sidek dan ketumbuhan di pipinya itu bukanlah cerita baru bagi sebilangan besar masyarakat atau peminat seni tanah air. Cuma persoalannya, benarkah seperti yang diceritakan oleh ramai artis kononnya Sidek enggan membuang ketumbuhan itu kerana berpendapat ia membawa tuah dan rezeki buatnya? Ada juga yang lebih nakal. Dakwa mereka, Sidek pernah melarikan diri dari hospital kerana takut dibedah! Mana satu yang betul?

Menjawab soalan yang diajukan, Sidek sekadar menggeleng kepala sebelum menyambungnya dengan kenyataan-kenyataan sebegini: "Mengarut semua cerita itu. Bukan saya tak pernah buang ketulan ini. "Pada tahun 1979 ketika ketumbuhan itu sebesar bola golf, saya menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh. "Tetapi selepas tiga tahun ia tumbuh balik. Kini setelah 30 tahun ia menghiasi wajah saya, biarlah ia kekal begini. Sekurang-kurangnya Sidek Husin ada identiti tersendiri!" sambungnya lagi.

"Biarlah kalau ada yang anggap jijik"

Sudah lebih tiga dekad hidup dengan 'kelebihan' pada wajahnya, sebagai manusia yang waras pemikirannya, Sidek tidak pernah berkecil hati jika ada yang takut untuk mendekatinya.
Bahkan, Sidek juga sudah lali dengan pandangan negatif padanya. Kalau sekalipun ada yang berasa jijik untuk berdepan dengan Sidek, pelakon berusia 58 tahun itu tidak langsung terguris.
"Saya tidak kisah jika ada pelakon yang menganggap diri mereka superstar memandang jijik dengan ketulan pada wajah saya.

"Ini kerana saya percaya semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah. Lagipun ia (ketulan) tidak kacau orang," ujar beliau menarik perhatian penulis dan jurugambar mengenai pandangan negatif sesetengah karyawan seni padanya. Benarlah kata Sidek dalam temu bual itu, dia tidak pernah berhenti memohon doa daripada Allah agar memudahkan perjalanan hidup dan kariernya.

Suatu hari, hikmah yang dijanjikan padanya hadir tanpa beliau duga sama sekali. Ketika ada rakan pelakon yang 'geli' melihat ketulan daging di pipinya, dia didatangi sepasang hamba Allah yang mahu membantu memulihkan semula wajah Sidek. Khuniza Abdullah bersama suami yang menetap di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur merupakan salah seorang peminat Sidek.
Selepas menonton lakonan Sidek dalam drama Cantiknya Buruk yang ditayangkan di saluran Ria, Astro pada musim raya tahun lalu, pasangan itu berusaha menjejaki Sidek untuk menaja pembedahannya.

"Bayangkan mereka sanggup bersusah payah mencari saya. Setelah berjumpa, mereka memberitahu yang mereka telah mengatur temu janji dengan doktor untuk pembedahan membuang ketulan daging di pipi saya. "Bukan itu saja, pasangan itu juga sanggup memberi saya RM25,000 untuk menanggung kos pembedahan dan selebihnya mereka hadiahkan kepada saya untuk menunaikan umrah. "Tapi semuanya saya tolak kerana saya tidak mahu mengambil kesempatan atas anugerah Tuhan kepada saya.

"Saya sarankan kepada mereka agar sedekahkan duit itu kepada mereka yang memerlukan," Sidek berkongsi cerita keluhuran pasangan yang sudah dianggap sebagai rakan baiknya.
Sekali lagi Sidek menjelaskan, bukannya beliau enggan membuang ketumbuhan berkenaan.
Sebaliknya, Sidek pernah merujuk kepada doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.

Doktor berkenaan menasihatkan Sidek supaya tidak membuang ketulan daging itu kerana ia akan memberi kesan kepada penglihatannya khususnya pada sebelah mata kanan.
Saranan yang serupa diberikan anak bongsu Sidek, Mohd. Adam yang merupakan penuntut dalam bidang perubatan di Universiti Malaya. Kini, diam tak diam sudah hampir sepuluh tahun ketulan daging pada wajah Sidek sudah berhenti daripada terus membesar.

Jiwa sensitif Sidek

Walaupun dalam drama atau filem, Sidek terkenal dengan watak antagonisnya tetapi mengenali lelaki ini sejak tahun 1982 menerusi drama popular, Anjang Aki, itu bukanlah perwatakannya yang sebenar. Sidek yang dibenci kerana watak Malek yang memfitnah Anjang Aki hingga dipenjara dalam penjara buluh di hujung kampung, sebenarnya seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan romantis.

Barangkali, ramai yang tidak tahu, andai terlihat sesuatu insiden atau tragedi yang menyentuh hati berlaku di depan matanya, air mata lelakinya sudah tentu akan membasahi pipi. Dan bertitik tolak dari jiwanya yang sensitif itulah lahirnya skrip Panggilan Ilahi. Melalui telefilem itu, Sidek yang membawa watak lelaki buta bernama Sudin berjaya membawa transformasi karakter berbanding watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

Malah apa yang nyata, seniman berwajah bengis ini berjaya membuat ribuan penonton meratapi 'kematiannya' dalam drama berkenaan. "Saya tahu saya tak handsome... tapi bukan nak cakap besar, saya yakin kalau saya berlakon pasti penonton mengalirkan air mata. Saya juga boleh tepis lakonan pelakon-pelakon popular hari ini, "Saya juga tak kisah kalau digandingkan dengan pelakon lelaki popular hari ini, saya percaya mereka boleh tenggelam cuma berani atau tidak mereka untuk berlakon dengan saya," kata Sidek yang kini tidak gemar menonton drama di TV kerana katanya drama-drama terbitan hari ini asyik menampilkan wajah pelakon yang sama.
Untuk rekod, Sidek mula berlakon pada tahun 1972 menerusi drama sulung Hujan Batu Di Rantau arahan Allahyarham Roslee Jalil.

Menyusul selepas itu, Sidek bersama-sama pelakon seangkatannya, Razali Buyong dan Omar Abdullah sering diberi kepercayaan menerajui drama-drama terbitan RTM ketika itu antaranya drama bersiri Potret Pekerti. "Sebenarnya saya kecewa dengan senario hari ini, penerbit hanya sanggup membayar bayaran tinggi kepada pelakon cantik, muda dan handsome walaupun lakonan mereka stereotaip. "Pelakon-pelakon macam saya, jangan mimpi nak dapat bayaran yang setimpal dengan bakat dan pengalaman.

"Saya tidak mahu bandingkan diri ini dengan pelakon Hollywood yang semakin tua lagi dihargai, cuma saya mempersoalkan kenapa mentaliti penerbit dan stesen TV tidak berubah?" kata Sidek meninggalkan tanda tanya.

Bulan Jatuh Ke Bumi

Bukan sekadar layanan dingin daripada pengusaha stesen TV atau penerbit drama dan filem sahaja yang diterima, sebaliknya, mungkin juga ada yang terlepas pandang bahawa Sidek juga sering dilupakan dalam pelbagai acara glamor. Tanpa berselindung, seniman itu meluahkan kebenaran yang beliau tidak pernah diundang menghadiri apa-apa acara anugerah atau festival filem walaupun sudah 26 tahun berlakon.

Justeru, tidak hairanlah kenapa selama hampir sedekad, Sidek membuat keputusan berhijrah ke Ipoh, Perak. Kebetulan isterinya, Sabiah Sulaiman, 54, bertugas di Pos Malaysia cawangan sana. Namun, usaha bersungguh-sungguh sutradara Rashid Sibir menjejakinya di Ipoh membuatkan Sidek tidak mampu menolak tawaran membintangi Cantiknya Buruk. Kini, minat dan kecenderungan Sidek lebih terarah menulis skrip selain berlakon.

Buat masa sekarang, Sidek sedang menyiapkan skrip Sejenis Air Mengalir yang memaparkan kisah percintaan antara jururawat desa dengan pengemudi bot penambang yang berakhir dengan kematian. "Saya juga akan menulis skrip komedi Bulan Jatuh Ke Bumi yang mengisahkan tiga orang gila yang bercakap mengenai bulan," ujarnya. Bagi Sidek, walaupun sejak muda hingga kini dia menyara hidup keluarganya dengan berlakon namun bersyukur kerana lima orang anaknya berjaya menamatkan pengajian di menara gading.

Empat cahaya matanya daripada perkahwinan pertama iaitu Siti Hajar, 28, lulusan Universiti Teknologi Mara kini bertugas sebagai seorang guru. Kata beliau, Umi Kalsom, 27, juga merupakan seorang pendidik yang menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.

Sementara Khairul Mizan, 23, pula bertugas di Bank Negara dan Siti Mariam, 22, yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia bertugas di sebuah syarikat pengiklanan. Manakala Mohd. Adam, 18, yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya pula merupakan anak Sidek hasil perkahwinannya dengan Sabiah. - UM

Cerita untuk dikongsi bersama.

Selasa, 17 Mac 2009

Nadzira dan Afiq - Pelajar Terbaik SPM 2008 SMKPA

PUNCAK ALAM : 16.03.2009 - Nadzira Mohd Hanif dan Mohd Mihlaiel Afiq Mohd Sarifuddin, kedua-duanya mendapat 9A dalam peperiksaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), tetapi memilih untuk kekal di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA).

Keputusan untuk meneruskan pelajaran sehingga ke tingkatan lima di SMKPA tidak menghalang mereka mendapat keputusan yang cemerlang serta muncul pelajar terbaik SPM 2008.

Nadzira Mohd Hanif yang tinggal di Fasa 2B3, Shah Alam 2 mendapat keputusan 9 A daripada keseluruhan 11 subjek yang diambilnya.

Dia mendapat 1A untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Sejarah, Agama Islam dan Pendidikan Seni.Lain-lain subjek Bahasa Inggeris (2A), Biologi (3B) dan EST (4B).

"Saya ingin menjadi seorang saintis," ujarnya ketika ditanya wakil PAnet berkaitan cita-citanya selain menjelaskan akan memohon untuk memasuki pusat matrikulasi universiti tempatan.Nadzira menjelaskan dia tidak mempunyai kaedah pembelajaran yang khusus, sebaliknya lebih memberikan tumpuan semasa di dalam kelas selain daripada banyak membuat soalan-soalan latihan.

"Saya luangkan masa lebih kurang 2 jam setiap hari untuk belajar," jelasnya lagi sambil menegaskan tiada jadual yang tetap untuk belajar setiap hari.

Ibu Nadzira, Pn. Rosidah Mohamad Sahak yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa bersetuju dengan penjelasan anaknya itu."Dia tidak perlu disuruh untuk belajar, malah kami tidak pernah memaksanya sebaliknya hanya memberi galakan dan sokongan," jelasnya tentang sikap anak sulungnya itu terhadap pelajaran."Nadzira tidak menampakkan potensinya dalam pelajaran sehinggalah selepas darjah 5," ujar bapanya, En. Mohd Hanif Md Sultan, seorang kontraktor elektrik.

En. Hanif yang juga merupakan salah seorang pembantu kepada YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor berharap Nadzira menjadi contoh dan inspirasi kepada 4 lagi adik-adiknya, malah berharap mereka mendapat keputusan yang lebih cemerlang.

Sementara itu, Mohd Mihlaiel Afiq Mohd Sarifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Afiq, mengamalkan teknik pembelajaran yang berterusan dan konsisten.

Dia juga menjelaskan berkenaan sifatnya yang suka bertanya juga membantunya lebih memahami pelajaran yang diajar guru."Saya tidak suka belajar pada saat akhir sebaliknya sentiasa mengulangkaji pelajaran pada masa yang terluang selain melayari internet dan melukis," ujar anak muda ini yang juga biasa membuat kerja-kerja rumah dan pandai memasak.

Malah penjelasan ini turut disokong ibunya, Pn Kaltom Marjan, yang juga merupakan seorang guru di SMKPA."Seminggu sebelum (peperiksaan) SPM, dia mahu pergi menonton konsert Avril Lavigne di Kuala Lumpur. Disebabkan saya yakin dengan persediaannya, saya sendiri yang menghantarnya," jelasnya tentang anak bongsunya itu.

Selain daripada itu, Pn. Kaltom berpendapat ibu bapa memainkan peranan yang amat penting ke atas kejayaan anak-anak."Ibu bapa hendaklah sentiasa bersama anak-anak untuk memantau dan memberi bimbingan, selain memastikan masa diluangkan dengan mereka" tambahnya.

Wakil PAnet juga turut melihat kemesraan mereka sekeluarga semasa sesi temuramah ini dijalankan di kediaman mereka di Zon I, Fasa 2.

Bagi menambahkan lagi keyakinan diri anak-anak, bapa Afiq, En. Mohd Sharifuddin Abd. Hamid atau lebih mesra dikenali sebagai Jasmin di kalangan rakan-rakan, turut membawa bersama mereka semasa bertemu dengan pelanggan.

En. Jasmin yang menguruskan perniagaan pengurusan acaranya sendiri berpendapat cara ini dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anaknya kepada dunia sebenar yang lebih matang, selain dapat membentuk pemikiran mereka.

Ini terbukti dengan kematangan anak sulung mereka yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi massa di Univerti Teknologi MARA yang jauh lebih matang pemikiran dan pergaulan berbanding rakan sebaya.

Afiq memperolehi 1A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Seni, dan 2A untuk subjek Agama Islam, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah dan EST, sementara Biologi (1B) dan Kimia (1C).Dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian sama ada di Universiti Teknologi Malaysia atau Universiti Malaya dam bidang seni bina (architecture), dan bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek.


Editor : sekali lagi kami di PAnet mengucapkan tahniah kepada kejayaan kedua-dua pelajar ini, serta keluarga mereka.


Sumber : http://www.puncak-alam.net/

98.2% Calon SPM 2008 SMKPA Lulus

Jumaat, 13 Mac 2009 16:20

PUNCAK ALAM : 13.03.2009 - Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) mencatatkan peratusan kelulusan 98.2% dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah diumumkan semalam.

Peratusan kelulusan tahun 2008 meningkat berbanding tahun 2007 iaitu 97.4% serta 97.4% dan 96.5% masing-masing pada tahun 2006 dan 2005.

Menurut Pn. Liza Mohd Nor yang merupakan Setiausaha Peperiksaan SPM SMKPA, seramai 165 calon telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun lalu, berbanding hanya 151 calon pada tahun 2007.Tambah beliau lagi 2 calon berjaya memperolehi 9A sementara 7A 2 calon, 6A 4 calon dan 5A 8 calon.

Adik Nazirah Mohd Latif dari Fasa 2B3, Shah Alam 2 berjaya memperolehi 8 1A dan 1 2A sementara adik Mohd Mihlaiel Afiq dari Zon I, Fasa 2 berjaya mendapat keputusan 4 1A dan 5 2A.Kedua-dua calon merupakan pelajar terbaik dalam perperiksaan SPM 2008 di peringkat sekolah.

Sumber : http://www.puncak-alam.net/

Ahad, 22 Februari 2009

Wayang Pacak Di Bandar Puncak Alam...

Assalamualaikum...

Sepertimana yang kita semua ketahui, Wayang Pacak sangat lah popular di tahun 70an dan semalam pada 21-2-2009 ( Sabtu ), nostalgia Wayang Pacak kembali semula ke Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan. Mungkin pada masyarakat moden sekarang terutama kanak-kanak tertanya-tanya apakah itu Wayang Pacak dan alhamdulillah semalam mereka datang beramai-ramai bersama-sama ibu dan bapa mereka sama-sama menyaksikan tayangan Wayang Pacak yang berjodol " 1957 Hati Malaya ".

Bertempat di Laman Medan Selera, Puncak Alam Fasa 3 atau lebih dikenali sebagai " The High Chaparall " bagi penduduk-penduduk setempat, seramai lebih daripada 600 orang telah datang beramai-ramai bagi menyaksikan Tayangan Khas 1957 Hati Malaya. Tayangan khas ini dianjurkan bersama oleh gabungan cawangan-cawangan UMNO iaitu UMNO Cawangan Bandar Puncak Alam, UMNO Cawangan Fasa 3 dan UMNO Cawangan Apartmen Fasa 3. Turut serta adalah Biro Tatanegara dan UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Tujuan utama program Tayangan Khas ini diadakan adalah untuk memupuk semangat jatidiri dan memberi kesedaran kepada anak-anak muda sekarang bagaimana orang-orang Melayu terdahulu yang diketuai oleh UMNO berjuang untuk menuntut kemerdekaan tanah air. Bagaimana susah dan peritnya Tunku Abdul Rahman bersama-sama pejuang kemerdekaan yang lain sehingga sanggup bergolok-bergadai semata-mata untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan British.

Adalah sangat penting bagi generasi muda Melayu masa kini bagaimana untuk mempertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 52 tahun merdeka agar kita semua tidak akan dijajah semula pada masa akan datang. Bagaimana hendak menghargai nilai dan isi kemerdekaan yang telah kita kecapi. Ini Tanah Melayu dan Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu harus dipertahankan.

Ingat, Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Sebelum tayangan khas dimulakan, penonton juga disajikan dengan beberapa tayangan slide Serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Salah seorang wakil dari Pemuda UMNO juga mengambil kesempatan untuk membacakan sajak khas untuk rakyat Palestin yang tertindas. Disamping itu kutipan derma Tabung Kemanusiaan Kanak-Kanak Palestin di Gaza diadakan bagi membantu kanak-kanak Palestin yang menderita.

Agak menarik program yang pada awalnya berjalan dengan lancar bermula dari jam 9.00 malam tiba-tiba agak terganggu seketika apabila hujan renyai-renyai turun di pertengahan tayangan. Ada yang bangun mencari tempat berteduh dan ada penonton yang terus setia menonton tanpa memperdulikan hujan yang turun. Mereka begitu asyik dan bersemangat untuk terus menonton. Setelah hujan berhenti, penonton kembali untuk terus menonton sehinggalah tayangan tamat.

Tayangan ini juga diserikan lagi dengan kedatangan YB Dato' Haji Amiruddin B. Setro. ADUN Kawasan JERAM bersama isteri dan juga AJK UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Turut memeriahkan program apabila terdapat lebih daripada 10 peniaga makanan dan minuman membuka gerai jualan di tapak tayangan di bahagian hadapan gerai sementara Fasa 3 ini, di samping diselang-selikan dengan acara cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah dalam bentuk hamper makanan.




Tayangan tamat pada sekitar jam 11.45 malam. Dan sebelum itu Dato' Amiruddin turut dijemput untuk memberikan sedikit ucapan.
Dan sebagai acara penutup program, sekali lagi cabutan bertuah dibuat oleh YB Dato' Amiruddin yang menyediakan hadiah utama yang berupa sebuah basikal. Pemenang yang bertuah adalah adik Puteri Hanis dari Blok Cinta, apartmen Fasa 3.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penganjur bersama dan juga petugas-petugas yang bertungkus lumus dalam menjayakan Tayangan Khas 1957 Hati Malaya yang julung-julung kalinya diadakan di Bandar Puncak Alam. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pengerusi gerai-gerai makanan di Fasa 3 diatas kerjasama baik yang telah diberikan dalam menjayakan program ini. Terima kasih daun keladi. Tahun depan berjumpa lagi. InsyaAllah. Wassallam.
Sumber : Torashah


Isnin, 16 Februari 2009

TAYANGAN KHAS " HATI MALAYA "

BUAT JULUNG KALINYA NOSTALGIA " WAYANG PACAK " BAKAL KEMBALI KE BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR D.E.

SAKSIKANLAH ....SEJARAH PEJUANG TANAH AIR
[ 1957 HATI MALAYA ]


sebuah filem arahan : SUHAIMI BABA fdam


TEMPAT : MEDAN SELERA FASA 3
BANDAR PUNCAK ALAM

TARIKH : 21-2-2009 ( SABTU )

MASA : 9.00 MALAM

ATURCARA LAIN :

* KUTIPAN TABUNG PALESTIN
* CABUTAN BERTUAH


SEMUA DI JEMPUT HADIR ....

putradesign